siiru ala barakatillah...
Wednesday, September 29, 2010
Wednesday, September 15, 2010
ikhilat..
Hukum ikhtilath
1)Apakah hukum bercampur baurnya wanita dengan lelaki
Pertanyaan;Lajnah daimah lil ifta ditanya:Apa pandangan islam bercampur baurnya lelaki dan wanita dalam forum yang mereka katakan sebagai bincang atau perbahasan permasalahan agama?
Jawapan;Bercampur baurnya antara lelaki dan perempuan merupakan salah satu perbuatan yang berbahaya.Dalam perkara ini Syaikh Muhammad bin Ibrahim r.a telah mengeluarkan fatwanya.Berikut nukilannya:
1-Wanita berkumpul dengan lelaki yang merupakan mahramnya.Dan ini jelas tidak dilarang.
2-Berkumpulnya wanita dengan lelaki asing untuk tujuan yang tidak benar.Perkara ini jelas dilarang.
3-Berkumpulnya wanita di tempat menuntut ilmu,di kedai buku,pejabat,rumah sakit,perayaan-perayaan dan lainnya.Ada kemungkinan orang yang bertanya pada mulanya mengira bahawa perbuatan ini tidak menyebabkan adanya fitnah antara kedua jenis makhluk ini.Untuk memperjelaskan permasalahan ini,kami akan menjawab secara global dan terperinci..
Secara global,bahawasanya Allah s.w.t telah menciptakan lelaki berkuasa dan mempunyai kecenderungan terhadap wanita dan menciptakan wanita mempunyai kecenderungan terhadap lelaki dengan kelemahan dan kelembutannya.Jika terjadi percampuran antara keduanya,maka akan menyebabkan satu akibat yang buruk,kerana pada dasarnya nafsu iti memerintah kepada keburukan,petunjuk dalam keadaan buta dan tuli sedangkan syaitan selalu mengajak kepada kekejian dan kemungkaran..
Secara terperinci,sebenarnya syariat itu dibangun atas tujuan dan alatnya.Alat untuk mencapai tujuan itu mempunyai hokum tersendiri.Wanita yang merupakan alat untuk lelaki melepaskan keperluan.,kerananya syariat menutup pintu yang menuju pertemuan antara kedua jenis makhluk ini.Yang lebih jelas derdasarkan dalil berikut;
Dalil pertama,,(Yusuf:23)-berkenaan godaan Zulaikha terhadap Nabi Yusuf..
Dalil kedua,,(An-Nur:30-31)-kewajipan menahan pandangan mata bg lelaki dan wanita..
Pegertian dua ayat di atas,bahawasanya Allah s.w.t memerintahkan kepada para mukmin lelaki dan wanita untuk menjaga pandangannya dan perintahNya menunjukkan kewajipan,kemudian Allah s.w.t menerangkan bahawa perbutan itu akan lebih suci dan bersih.Syariat tidak memaafkan kecuali pandangan yang tidak disengajakan.Hakim telah meriwayatkan dalam kitab Al-Mutasdrak dari A li r.a bahawasanya Nabi s.a.w bermaksud:
‘’Wahai Ali,janganlah kamu mengikut pandangan(kepada wanita)dengan pandangan berikutnya.Sesungguhnya pandangan pertama itu(nikmat)untukmu sedangkan berikutnya bukanlah untukmu..’’
Hakim menyebutkan,hadis ini sahih sesuai taraf Muslim meski Al-Bukhari da Muslim tidak meriwayatkannya.Adz-Dzahabi meyepakati dalam kitab Talkhish-nya dan masih banyak hadis lain yang semakna..
Allah telah memerintahkan untuk menjaga pandangan,kerana memandang suatu yang haram untuk dipandang termasuk perbuatan zina,sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda bermaksud:
‘’Kedua mata zinanya dengan pandangan,kedua telinga zinanya dengan mendengar,lisan zinanya dengan ucapan,tangan zinanya dengan rabaan,kaki zinanya dengan melangkah..’’(Hadis Muttafaq ‘alaih menurut Muslim)
Memandang disebut berzina kerana seorang dengan pandangannya boleh menikmati keindahan wanita,yang selanjutnya menyebabkan masuknya wanita tersebut kedalam hati yang memandangnya dan terikat di hatinya yang selanjutnya menyebabkan terjadinya kenistaan dengan wanita itu..
Syariat sudah melarang untuk memandangnya kerana dalam pandangan itu ada suatu kerosakan dan pandangan itu tentunya terjadi kerana adanya campur baur antara lelaki dan wanita.Dengan demikian campur baur ini dilarang pula oleh syariat,kerana merupakan penyebab kepada suatu perbuatan yang tidak terpuji,yang berupa pandangan dan diteruskan dengan perbuatan yang lebih buruk lagi..
Dalil ketiga,,Dalil2 yang telah lalu bahawa wanita adalah aurat,maka wajib baginya untuk menggunakan hijab diseluruh tubuhnya,kerana membukanya atau membuka sebahagian darinya akan mengakibatkan adanya pandangan kepadanya dan pandangan kepadanya akan mengakibatkan adanya hati yang terpikat dengannya.Selanjutnya akan dicari berbagai cara untuk mendapatkannya.Demikian pula dengan ikhtilath..
Dalil kempat,,(An-Nur:31)-Pengertiannya,Allah melarang para wanita untuk mehentakkan kakinya,meski sebenarnya boleh dilakukan ketika bersendirian,supaya para lelaki tidak mendengar suara gelang kaki merekka sehingga bangkitlah nafsu mereka kepadanya.Demikianlah pula ikhtilath,dilarang kerana menyababkan kerosakan.
Dalil kelima,,(Al-Mukmin:19)-ertinya..’’Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.’’Pengertiannya,bahawasanyab Allah s.w.t menyebut mata yang memandang ke perkara2 yang tidak boleh untuk dilihat sebagai mata yang berkhianat,maka bagaimana halnya dengan ikhtilath.
Dalil keenam,,(Al-Ahzab:33)-Pengertiannya,bahawa Allah memerintahkan kepada para isteri2 Nabi s.a.w yng bersih dan baik untuk menetap di rumah mereka..
DaLiL-DaLiL dari Sunnah;
1)Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Musnad dengan sanad Ummu Hamid,isteri Abi Hamid As-Sai’di r.a bahawasanya ia mendatangi Nabi s.a.w dan berkata:Wahai Rasulullah,sesungguhnya saya suka solat bersamamu.Baginda menjawab:’’Saya sudah tahu bahawa engkau senang solat bersamaku.Solatmu diruangmu lebih baik daripada solatmu dibilikmu dan solat dibilikmu lebih baik daripada solatmu dirumahmu.Solatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu dan solatmu dimasjid kaummu adalah lrbih baik daripada di masjid saya.’’
Kemudian ia(Ummu Hamid) memerintahkan untuk dibangunkan ruangan khusus dan dibanguninda bersabda bermaksud;kan baginya tempat solat dihujung rumahnya dan yang paling gelap.Selanjutnya demi Allah,ia sentiasa mendirikan solat ditempat itu sehingga meninggal dunia.
Diriwayatkan ia oleh Ibnu Huzaimah dalam sahih-nya dari Abdullah bin Mas’ud r.a dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda bermaksud:
‘’Solat wanita yang paling disukai oleh Allah adalah solatnya yang dilakukan ditempat paling gelap di dalam rumahnya’’
2)Hadia yang diriwayatkan oleh Muslim dan At-Tirmizi dan yang lainnya dengan sanad masing2,dari Abu Hurairah r.a ia berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
‘’Sebaik-baik barisan solat lelaki adalah yang paling depan dan paling buruk adalah yang paling belakang.Dan sebaik-baik barisan solat wanita adalah yang paling belakang dan yang paling buruk adalah yang paling depan.’’
Pengertiannya,Rasulullah telah mensyariatkan bagi wanita jika dating ke masjid harus dipisahkan dari org2 lelaki solat dan baginda menunjukkan barisan depan wanita adalah paling buruk sedangkan paling belakang adalah paling baik kerana paling jauh dengan lelaki,tidak boleh melihat mereka dan terpikat hatinya setelah melihat gerakan mereka atau mendengar ucapan mereka..
Sedangkan barisan paling depan dikatakan paling depan dikatakan paling buruk kerana lawan dari yang tadi.Sedangkan barisan terakhir lelaki paling buruk bila ada perempuan yang solat bersama,kerana tidak paling depan dan tidak dekat dengan imam,juga dekat dengan barisan perempuan yang boleh menjadikan hatinya terusik.Boleh jadi ibadahnya rusak kerana wanita tersebut.Nit dan kekhusyukannya tergangu.Jika syariat mempertimbangkan terjadinya perkara itu ditempat ibadah,padahal tidak terjadi ikhtilath,tetapi hanya sekadar berdekatan,bagaimana apabila terjadi ikhtilath?
3)Dirwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dari Zainab isteri Abdullah bin Mas’ud r.a ia berkata:Rasulullah s.a.w berkata kepada kami:
‘’Jika salah seorang di antara kamu akan pergi ke masjid,maka janganlah ia menyentuh minyak wangi.’’
Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sunannya dan oleh Imam Ahmad dan Syafie dalam musnad mereka dengan sanad masing2,dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah s.a.w bersabda bermaksud:
‘’Janganlah kamu menghalang hamba Allah perempuan untuk pergi ke masjid2 A llah,akan tetapi hendaklah mereka keluar tidak memakai wangian.’’
Ibnu Daqiqil Id berkata:Dalam hadis ini terdapat larangan bagi wanita untuk memakai wangian pergi ke masjid kerana boleh mengundang perhatian lelaki dan membangkitkan syahwat mereka,atau boleh jadi membangkitkan syahwat wanita itu juga..Yang termasuk dalam wangian disini,pakaian yang indah,perhiasan yang Nampak,tingkah laku yang over.Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata,Termasuk juga ikhtilath.Al-Khaththabi dalam Ma’alim sunan menyebutkan:Berbau tidak enak beerti wanita yang tidak memakai wangian..
4)Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid r.a dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda bermaksud:
‘’Saya tidak meninggalkan fitnah yang lebih bahaya bagi lelaki daripada wanita.’’(Hadis Al-Bukhari dan Muslim)
Pengertiannya,Baginda menyebutkan wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki,bagaimana bila suatu fitnah dan objeknya bertemu?tentu ini tidak boleh terjadi..
5)Diriwayatkan dari Abu Said Al-khudri r.a dari Nabi s.a.w ia berkata bermaksud:
‘’Sesungguhnya dunia ini manis dan mengiurkan dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia dan memerhatikan apa yang kamu kerjakan.Takutlah jamu kepada dunia dan takutlah kamu kepada wanita,sesungguhnya fitnah pertama menimpa Bani Israil berasal dari wanita.’’(Hadis Muslim)
Pengertianya,bahawasanya Nabi s.a.w memerintahkan untuk takut kepada wanita dan perintah ini merupakan kewajipan,bagaimana mungkin boleh mentaati perintah ini bila melakukan ikhtilath?Ini tidak boleh terjadi.Dengan demikian,ertinya ikhtilath itu tidak dibolehkan..
6)Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam kitab sunan dan Al-Bukhari dengan sanad mereka,dari Hamzah bin Abu Asyad Al-Anshaari,dari ayahnya r.a.,bahawa ia mendengar Nabi s.a.w ketika keluar dari Masjid ada campur baur antara lelaki dan perempuan di jalan,baginda s.a.w bersabda bermaksud;
‘’(Wahai para wanita)mundurlah,sesungguhnya bukan hak kamu untuk memenuhi jalan,hendaklah kamu berada dipnggirnya.’’
Kemudian para wanita pinggir ke dinding hingga pakain mereka terkena kotoran kerana menempel ke dinding.Hadis ini berdasarkan lafaz dari Abu Daud.Ibnul Atsir berkata dalam kitab Nihayah,yuhaqqiqna thariqa ertinya melewati tengah2 jalan(memenuhi jalan).
Pengertiannya,bahawasanya Rasulallah s.a.w melarang adanya campur baur wanita dan lelaki di jalan kerana akan menyebabkan terjadinya fitnah.Bagaimana mungkin dikatakan bahawa boleh ikhtilath di tempat lain?
7)Abu Daud meriwayatkan dalam sunannya dan selainnya,dari Nafi’dari Umar r.a bahawa ketika mendirikan Masjid Rasulallah s.a.w membuat pintu khusus untuk wanita dan baginda bersabda bermaksud;
‘’Jangan ada seorang pun lelaki yang melewati pintu ini.’’
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari didalam kitab At-Tarikhul kabir,dari Ibnu Umar r.a bawahasanya Rasulallah s.a.w bersabda bermaksud:
‘’Janganlah kamu(para lelaki)masuk masjid dari pintu khusus untuk wanita.’’
Pengertiannya,bahawasanya Rasulallah s.a.w melarang adanya ikhtilath antara lelaki dan wanita di pintu masjid ketika masuk mahupun keluar dan tidak membolehkan mereka melewati satu pintu untuk mencegah berlakunya bahaya ikhtilath.Jika ikhtilath dalam keadaan demikian dilarang,bagaimana dengan ikhtilath dalam bentuk lain?Tentu lebih dilarang..
8)Al-Bukhari meriwayatkan kitab sahihnya dari Ummu Salamah r.a ia berkata:Bila Rasulallah s.a.w salam dari solatnya,para wanita berdiri setelah salamnya dan baginda berhenti sejenak di tempatnya.Dalam riwayat kedua disebutkan,baginda salam,kemudian para wanita meninggalkan tempatnya dan masuk kerumah mereka sebelum bagida meninggalkan tempatnya.Dalam riwayat ketiga disebutkan,kami(para wanita)apabila telah mengucapkan salam(selesai solat wajib),kami segera berdiri dan Nabi beserta para lelaki yang solat menetap sehingga batas sesuai kehendak Allah.Bila Rasulallah berdiri para lelaki ikut berdiri..
Pengertiannya,bahawa Rasulallah s.a.w melarang adanya suatu ikhtilath dan merupakan peringatan untuk tidak melakukannya di selain tempat tersebut..
9)At-Thabrani meriwayatkan dalam kitab Al-Majmu’ul kabir dari Ma’qal bin Yasar r.a,bahawasanya Rasulallah bersabda:
‘’Kepala salah seorang diantara kamu ditusuk dengan besi lebih baik daripada menyentuh wanita yang bukan haknya.’’
10)Diriwayatkan oleh Ath Thabrani juga dari hadis Abu Umamah dari Nabi s.a.w,baginda bersabda:
‘’Seorang lelaki yang menyentuh babi yang berlumuran darah dengan kotoran dan lumpur lebih baik baginya daripada menyentuh bahu perempuan yang tidak halal baginya.’’
Pengertiannya dari dua hadis terakhir,bahawasanya Rasulallah s.a.w melarang tersentuhnya wanita oleh lelaki dengan halangan atau tidak,jika bukan mahramnya,kerana akan berakibat buruk.Demikian pula ikhtilath,dilarang dengan alas an tersebut.Barangsiapa mempelajari dalil2 yang kami kemukakan,nescaya akan jelas baginya bahawa pendapat yang menyatakan bahawa ikhtilath tidak menyebabkan fitnah,hanyalah pendapat segelintir orang..
Pada hakikatnya,ikhtilath akan menyebabkantimbulnya fitnah.Oleh kerana itu dilarang untuk menangkal adanya kerosakan lebih lanjut.Namun tidak termasuk yang dilarang apabila memang dalam keadaan darurat dan keperluan yang sangat penting dan terjadi di Masjidil Haram Makkah dan Madinah.kita berdoa kepada Allah agar member petunjuk kepada kaun muslimin yang sesat dan menambahkan petunjukNya,serta member taufiq kepada para pemimpinnya untuk melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta menolong orang2 yang tidak mengerti.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar,Maha Dekat dan Maha Mengbulkan doa hambaNya..
والله علم
Monday, September 13, 2010
ahlan wasahlan!!
بسم الله الرحمن الرحيم
salam,,barakallahufikum wafini,lama da nk wt blog ni...tp ad jew hlgn,tokse oyt cz mace2 y mnimpa,,xpo cubaan Yang Maha Esa..alhamdulillah msih dberi kesempatan..salam syawal!!moga kita dberi kesempatan untuk menikmati ramadan kareem y akn dtg,aminn..=)
Subscribe to:
Comments (Atom)